Blogger Backgrounds

Tuesday, 8 November 2011

Discrimination Towards Transexual People....

Pernahkah korg fikir pasal nie...well Tidak dinafikan kalau ada 'lelaki lembut' atau 'wanita ala2 lelaki' lalu depan korg mesti prkataan nie kluar dari mulut korg .. "eee...pondan... / eee..tomboy...!!"....em  knapa jijik sangat ka diorang...??korg sepa mo judge diorang???..... Please la...Jangan treat diorang macam diorang teda prasaan.....Macam satu alkisah nie....

    Based on true story.... dia nie mmg lembut aka mak nyah....sememangnya pekerjaan diorang nie sesuatu sememang nya salah la...tapi macam mna juga..."society Construction kan,,,,"...well..pa2 pun balik ke crita asal.... em Mak nyah nie dijemput tuk bagi cerita kkat budak2 yang study gender to di....*ta paya la mo tau...hehe....emm ok so dia pun berdirila sambil bercerita mengenai kepayahan hidup yang tidak di terima masyarakat menyebabkan dia kehilangan rakan yang selalu sama2 dengan dia meniti hidup nie....

    pada petang tu....dia n rakannya tu berjalan-jalan menikmati angin petang di hadapan Waterfront....namun, angin yang baik bertukar tragedi apabila mereka di kejar dua orang lelaki iaitu polis mahkamah....Kalau dah kena kejar tanpa sebab sememangnya keadaan akan menjadi panik....So diorang pun lari la....Tp rakan dia nie sememangnya dalam keadaan takut menyebabkan dia terjun ke dlm sungai walaupun dia tak pandai brenang.... Tenggelam timbul rakan dia masa tu....berteriak minta dislamatkan....Salah seorang lelaki yang baik hati ini mambantu, utk terjun ke dalam sungai dan manyelamatkan rakannya tu....tapi belum pun sampat lelaki tu terjun, polis mahkamah tu berteriak "Jangan selamatkan dia....Dia bukan manusia...dia binatang...tidak layak untuk di selamatkan...."... sebagai rakan baik, betapa hancurnya hati dia kerana rakan yang selama ini menjadi teman berkongsi rasa mati di depan mata akibat dari pada orang yang tidak punya perikemanusiaan....

    Namun, benda yang betul keluar dari mulut orang yang benar dan percaya bahawa Pondan nie mempunyai hak sebagai manusia juga, "Like all citizens, transexuals or mak nyah have rights to basic amenities, legal counsel and housing, education and medical attention"... negini la pemikiran orang yang benar...tidak seperti orang hanya tau mengkritik tapi tidak meletakkan diri mereka dalam keadaan si mangsa.... Sememangnya mereka mempunyai hak-hak sebagai manusia dan mereka berhak mendapat perlindungan..." They also had the rights to dress the way they liked and worked as long as what they were doing did not promote criminal activities....". Seperti orang lain maruah dan hak-hak mereka juga harus diketengahkan....

    Dari segi pekerjaan, lazimnya maknyah atau pondan akan dikaitkan dengan aktiviti pelacuran, dan ini menambahkan lagi perasaan benci terhadap golongan ini. Tapi pernah kaahh korang fikir, masyarakat khusunya pemberi peluang pekerjaan tidak memberikan peluang kepada golongan ini kerana sifat fizikal mereka yang mungkin akan menjatuhkan reputasi syarikat...Hal inilah yang meyumbangkan terjadinya pelacuran. Seperti kisah rakan saya, dia sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian..orang akan melopong bila dia mula menyanyi....secara kebetulan uji bakat untuk pertandingan mnyanyi sedang berlangsung...Dia pun mencuba nasib...Namun gagal disebabkan keadaan fizikal dia...Dan di sebabkan hal nie dia terpaksa bekerja di kelab-kelab malam sebagai dj dan penyanyi untuk menyara kehidupan dan mendapat kepuasan daripada bakat yang ada pada dia tu....Berdasarkan hal in, fikir dan renungkan laaa......MEngapa negara barat dapat menerima hakikat ini sedangkan kita tidak membantu rakyat kita ke arah yang lebih baik....??

    Faktor agama, menyatakan mereka tidak boleh berkelakuan seperti itu..Saya faham kita punya anutan masing-masing..Tapi dalam agama juga menyatakan "be kind to one another...".."respect each other"..... Tiada yang diciptakan untuk menjadi binatang melainkan kita sendiri yang melebelkan seseorang sebagai binatang sedangkan kita tahun ianya salah... hormatilah sesama kita....Jadi tidak bolehkah kita fikir sebagai manusia bahawa kita tidak punya kuasa untuk menghukum...kerana kita juga pendosa seperti dia...atau kita lagi teruk perangai jika di bandingkan dengan lelaki lembut nie..... Biarlah kita masing-masing memikul dosa kita sendiri....Kan baik kita habiskan sisa hidup dengan buat kebaikan dengan orang-orang yang macam diorang.....hohoho....

P/S : Manusia memang tidak pernah faham...Tp Tidak semua Begitu... 
P/S : Jgn Hina Tapi Bantu...

Juga Manusia,
JinUtZ 
-31/10/2011, 12.21 am....

No comments:

Post a Comment