Hurm....just read pasal kes pembuangan bayi nie...Betul juga cakap Dato' sharzat nie....Yalah...dapat kita lihat kini kes pembuangan bayi berleluasa bukan sahaja di kwasan bandar, juga turut terjadi di kawasan luar bandar yang kita maklum kurangnya kawasan-kawasan negatif yang boleh mempengaruhi remaja seperti kelab-kelab malam, kegiatan mat rempit, kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya dan sebagainya lagi...
Namun begitu, wajarkah masyarakat memandang hanya sebelah mata sahaja sedangkan pepatanh mengatakan “takkan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin”... Masyarakat seharusnya pintar dalam menilai sesuatu masalah itu dengan melihat situasi dari kedua pihak, contohnya jangan hanya meletakkan kesalahan ke bahu insan bernama wanita sahaja. Benar kata Dato' sharizat (menteri pembangunan wanita) bahawa, kesalahan pembuangan bayi menunding jari hanya kepada wanita tapi bagai mana pula dengan lelaki yang menyumbang benih-benih sperma tu??...sedangkan tekanan dan desakan adalah dari si lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab menyebabkan si wanita mengalami desakan untuk melakukan sesuatu yang tidak terniat dia hati seorang yang bergelar ibu walau hanya menyandang gelaran ibu hanya untuk 5 minit.
Cuba letakkan diri anda dalam keadaan si wanita yang bersendirian di tinggalkan, keadaan yang sukar untuk masyarakat terima, keadaan di mana keputusan yang waras sukar untuk di ambil, keadaan ketika fikiran tidak tenang dang ucapan si lelaki “itu bukan anak saya” atau “gugur atau buangkan sahaja 'benda' tu, aku meda lagi takkan nak jadi bapa, mulai dari hari nie kita putus..”.. adakah ini yang di minta oleh seorang wanita yang sudah mengorbankan segala-galanya untuk si lelaki. Tidak bukan...Letakkan diri anda dalam situasi ini dan fikir apa akan anda lakukan sekiranya kekangan itu wujud dari semua pihak, Diri, keluarga, masyarakat dan agama. Fikirkan laa...
Menyerahkan sesuatu yang sangat berharga bukannya mudah...malah bukan keputusan yang tepat sekiranya tidak berlandaskan kepercayaan dan keyakinan bahawa kita mampu mengecap sesuatu yang lebih baik....bak kata orang putih “If you want to get something, you have to secrifies something”... sebagai contoh keperawanan wanita itu, sekiranya wanita tidak ditaburi dengan kata-kata dan janji-janji manis yang menyebabkan mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada si lelaki bahawa, si lelaki akan bertanggungjawab segalanya sekiranya bberlaku apa-apa. Namum janji hanya tinggal janji. “Habis madu sepah dibuang”...mungkin inilah nasib wanita yang menaruh harapan bahawa lelaki itulah yang petama dan terakhir dalam hidup si wanita, mempunyai impian untuk hidup dalam mahligai kasih sayang di alam rumahtangga, mengecap nikmat berkeluarga dan mempunyai si comel yang hanya tidur tenang di sisi bapa dan mama....
Lihat sekeliling dan tanya diri anda, adakah mereka layak menerima hukuman sendirian sedangkan si penyebab hilang dan berkeliaran di mencari mangsa untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, Jangan di sebabkan dia melakukan perbuatan terkutuk masyarakat ikut-ikutan memcaci dan memberikan tekanan lebih kepada si wanita, walhal kita sebagai masyarakat yang memainkan peranan penting harus membantu si wanita tersebut. Malahan buanglah sifat 'steriotaip' yang ada tu... Jangan hanya tahu mencaci dan menghukum...Sekiranya anda satu daripada mangsa keadaan ini...Bagaimana??....renungkan laa dan fikirkan apa yang terbaik buat kita semua.....
No comments:
Post a Comment