Suatu pagi yang hening...lahirlah sorng anak yang boleh dikatakan sempurna di mata Tuhan namun tetap menjadi buah mulut orang2 kampung yang mengguris hati keluarga bayi istimewa ini....
"uhh..???anak cacat....baik hantar rumah kebajikan daripada jaga..." begitu lah mulut kepok orang kampung mengutuk bayi istimewa nie....Namun orang tua mana yang membiarkan anak sulung perempuan itu membiarkan bayi kecil menanggung penderitaan penyakit ini....
Lahir sahaja ke dunia, bayi kecil ini menghadapi penyakit di mana keadaan fizikalnya kurang sempurna..Tulang kaki kiri dan kaki kanannya bercantum...ini menyebabkan komplikasi pada anak kecil ini dalam tumbesarannya...Yala berkemungkinan anak kecil ini tidak dapat berjalan dan menjadi anak yang tidak sempurna....
Walaupun pelbagai kaedah yang digunakan, pembedahan berulang kali untuk memisahkan tulang kaki namun semuanya menjadi hampa dan mengecewakan....sehinggalah org kampun yang kepoh melemparkan makian lagi...
"isk daripada menyusahkan kamu, hamtar saja la pergi rumah kebajikan..Dah tiada harapan lagi nie..."..Namun berkat tekad,usaha dan keyakinan kaum keluarga mereka menjalani satu lg pembedahan.....Saat si anak kecil bertarung nyawa di dalam bilik pembedahan yang berlangsung selama hampir 5 jam, si daddy dan si mummy menunggu dengan sabar tenpa menghiraukan perut yang lapar dan berkeroncong. Menebarkan tikar di kaki lima untuk si daddy merehatkan mata yang penat berkerja mencari nafkah...Dan si mummy menuunggu dengan sabar tanpa putus berdoa meminta keberkatan..
Setelah penantian yang mendebarkan itu, maka si kecil pun selamat menghadapi pembedahan. Si kecil diraihkan dengan gembira dan meriah atas kejayaan ini...Memanggil orang2 kampung namun si mulut kepok tunduk malu...
Si kecil kini membesar dengan sempurna...Hidup normal seperti anak2 yang lain...penuh dengan ketawa,gembira dan bahagia. Si kecil di hantar ke University yang terbaik untuk mendapat pendidikan yang terbaik memandangkan si kecil ini mempunyai otak yang pintar...Setelah beberapa tahun menuntut si kecil mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya. Si daddy dan si mummy tundsuk dengan keputusan puterinya walaupun hajat di hati ingin membantah.
Perkahwinan berlangsung dengan amat meriah. Sekali lagi orang2 kampung di jemput..Setahun selepas berkahwin si kecil tidak menyambung sekolahnya tapi terus berkerja di salah sebuah syarikat pembinaan yang maju. Saat si kecil pergi berkerja si laki buat hal...keadaan ini terjadi si kecil melahirhan cahaya mata yang comel mengikut adunan si kecil....Si laki tidak berkerja dan hanya duduk di rumah, pabila si kecil pulang ke rumah, si laki berpura2 kepenatan baru sampai dari tempat kerja. Kerana perkataan 'aku cinta padamu' si kecil hanya memekakkan telinga apabila si mummy menegur sikap menantunya tu.
Kini Si kecil mengandung anak kedua...Di saat si kecil sedang sarat, entah apa yang terjadi menyebabkan si kecil mengalami pendarahan..Keluarga si kecil menghantar si kecil ke hospital dengan sepantas yang boleh. Mungkin sudah menjadi ketentuan Bapa di Syurga. Bayi dalam kandungan si kecil mengalami pendaraan dan harus di lahirkan secepat mungkin.
Dengan penuh kudrat, si kecil melahirkan anak lelaki yang comel dapat di lihat bibirnya merah dan kecil, mempunyai hidung yang comel, bentuk muka penuh kelelakian. Namun, si manja menjadi tidak sempurna di mana tempurung kepala si manja hanya separuh, kulit nipis si manja sahaja yang menutupi kepala, dapat di lihat jalur2 otak dan urat si manja. Lagi menyedihkan, Si manja hanya dapat melihat dunia ini selama 15 minit, berpelukan bersama ibunya untuk sementara waktu. Pada saat itu, kelurga si kecil tidak putus2 memberi sabar kepada si kecil yang kehilangan si manja. Saat itu sangat2 menyentuh perasaan....
Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun bersilih ganti,perkahwinan si kecil semakin goyang. Lagi2 apabila si laki didapati menjalankan kegiatan jenayah iaitu menjadi 'PUSHER'. Seisi keluarga terkejut, si kecil juga terkilan lalu mengambil keputusan untuk bercerai saat si kecil mengalami "kendungan di luar rahim" yang memerlukan si kecil menjalani pembedahan untuk membuang kandungan itu untuk mengelakkan benih menjadi kanser. Pertengkaran yang besar antara si kecil dengan si laki menyebabkan si laki sampai tangan ke atas si kecil. Si daddy dan si mummy terpaksa masuk campur untuk memulihkan keadaan yang kacau 2...Puteri si kecil menangis tanpa henti....
Setelah beberapa tahun perceraian antara si kecil dan si laki, si kecil menumpukan perhatian kepada pekerjaannya kerana ingin membesarkan puterinya iaitu si comel. Si kecil berkerja keras yang mungkin dan mengubah hidupnya. Sedikit demi sedikit, usaha si kecil semakin membuahkan hasil. Hidup si kecil semakin baik selepas si kecil dinaikkan pangkat menjadi Director pada usia yang muda. Kereta si kecil pun berubah, gaya hidup, pemakaian, tatatertib dan butir bicara juga turut berubah 100%....
Pernah dengar kata orang " manusia zaman kini otaknya pintar, teknologi maju, kurang ajarnya pun mantap...", itulah yang terjadi pada si kecil ini. Mungkin kerana gaya hidup yang mantap menyebabkan si kecil bertindak seperti ini.. Si kecil mula berkasar dengan orang tuanya, melawan dan menengking orang tuanya. Uh.. si kecil menjadikan orang sekelilingnya hamba kerana percaya duit adalah segalanya.
Si kecil kini menyambung pelajarannya semula mengambil diploma. Si kecil juga telah berkahwin semula dengan seorang lelaki pilihannya sesuai dengan statusnya, Orang Kaya..! Perkahwinan selama setahun menghasilkan benih cahaya mata. Si kecil mula melupakan si Comel, selalu memarahi si comel walaupun kesalahan kecil. Si comel terseksa dan menangis sendiri, Si comel hanya berlindung dan menumpang kasih kepada nenek dan datuknya. Pelajaran di titik beratkan ole si kecil kepada si comel. Si comel berusaha untuk buat yang terbaik.
Sehinggalah suatu saat di mana hati seorang "DADDY" nie berusaha untuk beri yang terbaik kepada si Kecil agar dia mencapai kejayaan, si Daddy tidak pernah membiarkan si kecil dalam keadaan susah, si daddy sentiasa mencari jalan penyelesaian ketika si kecil lahir tidak sempurna, si daddy la yang berusaha sedaya upaya untuk membiayai pembedahan si kecil dengan berkerja lebih masa dan melalukan 'Part time Job'..Walaupun si Daddy penat, terasa ingin putus asa namum tetap cekalkan hati demi kebahagiaan si kecil agar dia dapat menjadi anak2 normal yang lain. Tapi sekarang apa yang si daddy dapat dari anak kecil yang menjadi sumber semangatnya, hanyalah hinaan dan cacian. Hilang hormat si kecil pada si daddy. tidak terlintas sedikit pun jasa dan budi si daddy padanya.
Setelah bertungkus lumus belajar, si kecil kini layak mendapat sijil diploma dalam majlis konvokesyennya. Pada saat si kecil menerima segulung diplomanya, si daddy yang punya hidup sederhana bertungkus lumus memotong batang kayu untuk di jadikan "ahandatan" dalam bahasa dusunnya dan si daddy menjualnya, hasil daripada penjualan tu, si daddy membeli bunga yang tidaklah seberapa mahal jika dibandingkan dengan harga bunga ROse, dan tk la secantik Bunga Rose yang diberikan oleh laki bari si kecil sempena hari konvokesyennya. Dengan penuh gembira si daddy memberikan kepada si kecil dengan harapan si kecil gembira dan bangga.
Benar kata orang "difikirkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengahari" begitu la yang terjadi pada si daddy, pa bila pemberiannya di balas dengan ucapan kesat dari si kecil...
"uh apa nie??mcm bunga orang mati saja.." ... Sekiranya anda di tempat si daddy apakah perasaan anda?? namun si daddy masih mampu tersenyum tapi jauh di sudut hatinya tiada siapa yang tau, tangisan si daddy tiada siapa yang dengar kerana hatinya yang menangis bukan matanya.
Doa yang tak putus2 buat si kecil yang istimewa. Mudah-mudahan dia berubah menjadi insan yang dulu. Periang dan istimewa di mata BAPA DI SYURGA....AMEN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment