Blogger Backgrounds

Tuesday, 31 May 2011

Pertandingan Ratu Cantik...Kesian............

Nie saya baca baru2...isk2 kecian...apa la salah perempuan nie ikut ratu cantik hingga membawa kepada kematian....

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.
Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.
Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.


Psstt...: bukan kita yang menentukan ajal seseorang tu...cian tau dia...kalau pun dia mengaibkan, biar tuhan yang laksanakan hukuman yang setimpal kepada mangsa nie.....uhh takut nya org fanatik nie,,,hoho....pRaise The Lord..Amen....

No comments:

Post a Comment